Scroll to top

Top



No Comments

Jawatan Kosong Majlis Daerah Lenggong Jun 2017

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong Majlis Daerah Lenggong Jun 2017, keutamaan akan diberi kepada rakyat negeri Perak Darul Ridzuan. Terdapat 2 jawatan yang ditawarkan buat masa ini iaitu jawatan pembantu awam & jawatn pembantu tadbir. Makkumat lanjut jawatan kosong adalah seperti berikut:

Jawatan : PEMBANTU AWAM H11
Taraf Jawatan : TETAP
Gred dan Jadual Gaji : H11 (RM 1,218.00 – RM 2,939.00)
Kekosongan Jawatan : 1
Kelayakan : Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah

Jawatan : PEMBANTU TADBIR (P/O) N19
Taraf Jawatan : Kontrak/Tetap
Gred dan Jadual Gaji : N19 (RM 1,352.00 – RM 4,003.00)
Kekosongan Jawatan : 2
Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia

Jawatan Kosong Majlis Daerah Lenggong Jun 2017

Iklan Jawatan Kosong Majlis Daerah Lenggong Jun 2017

 

Majlis Daerah Lenggong

Majlis Daerah Lenggong ditubuhkan pada 1 Disember 1979. Keluasan kawasan pentadbiran berjumlah 9,590 hektar dengan jumlah penduduk seramai lebih kurang 17,000 orang. Pekan Lenggong adalah pusat pentadbiran yang terletak ditengah-tengah kawasan iaitu disebelah selatan 62 km. dari Bandar Diraja Kuala Kangsar dan sebelah utara 57 km. dari Gerik iaitu Pusat Pentadbir bagi Daerah Hulu Perak. Majlis Daerah Lenggong merangkumi 10 kawasan iaitu: Ayer Kala, Selat Pagar, Padang Grus, Rancangan Perumahan Awam Gua Badak, Rancangan Perumahan Awam Gelok, Pekan Lenggong, Kg. Kota Tampan, Taman Kota Tampan, Pekan Raban dan Pekan Kuak. Keluasan kawasan adalah seluas 60. 8km persegi. Dengan luas kawasan operasi ialah 3km persegi dan luas kawasan kawalan ialah 57. 8km persegi.

Maklumat Lanjut Majlis Daerah Lenggong boleh didapati disini.

 

Cara Memohon Jawatan Kosong Majlis Daerah Lenggong Jun 2017

Permohonan mestilah dibuat menggunakan borang MD.LG Pkdm 1/96

YANG DIPERTUA, MAJLIS DAERAH LENGGONG,
JALAN ALANG ISKANDAR,
33400 LENGGONG, PERAK Darul Ridzuan

Tarikh Tutup Permohonan : 23 Jun 2017

Submit a Comment

Tinggalkan Jawapan

%d bloggers like this: