Scroll to top

Top



No Comments

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tapah Ogos 2017 – Rasmi

Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia (Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak), termasuk Pegawai-Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat dan layak untuk mengisi jawatan kosong Majlis Daerah Tapah Ogos 2017. Terdapat 9 kekosongan untuk diisi dalam 3 jawatan yang ditawarkan dengan kelayakan SPM & Pt3. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

1. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
Taraf : Kontrak/tetap
Kekosongan : 1
Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia
Gaji : RM 1,353.00 – RM 4,005.00

2. Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19
Taraf : Kontrak/tetap
Kekosongan : 3
Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia
Gaji : RM 1,352.00 – RM 4,003.00

3. Pembantu Awam Gred H11
Taraf : Kontrak/tetap
Kekosonga : 5
Kelayakan : Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah
Gaji : RM 1,218.00 – RM 2,639.00

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tapah Ogos 2017

Iklan Jawatan Kosong Majlis Daerah Tapah Ogos 2017

 

Majlis Daerah Tapah

Majlis Daerah Tapah ( MDT ) telah ditubuhkan pada 01 September 1979 dan diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Perak No. PK.PU. 89/24.11.1979 dengan keluasan 14,628 hektar. Ia merangkumi kawasan di kiri dan kanan laluan utama dari sempadan Majlis Daerah Kinta Selatan hingga ke Trolak dan 10 rantai di kiri dan kanan jalan Sungkai / Kampung Menderang, Bidor/Teluk Intan, Tapah/Cameron Highland dan Temoh/Teluk Intan.

Maklumat lanjut Majlis Daerah Tapah boleh didapati disini.

 

Cara Memohon Jawatan Kosong Majlis Daerah Tapah Ogos 2017

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang MDT.(PKDM) – 1 yang boleh dimuat turun (download) disini

Yang Dipertua
Majlis Daerah Tapah
Jalan Stesyen, 35000 Tapah
Perak Darul ridzuan

 

Tarikh Tutup Permohonan 23 Ogos 2017

Catatan Am

  • Sila lampirkan RESUME bersama dengan semua salinan kad pengenalan/sijil lahir/sijil kelulusan hendaklah disahkan oleh Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Penghulu atau Pesuruhjaya Sumpah.
  • Pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan hendaklah memohon melalui Ketua Jabatan masing-masing dan hendaklah disertakan dengan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini.
  • Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga
  • Permohonan yang Berjaya ditemuduga hendaklah membawa bersama dokumen asal sebagai rujukan pihak MDT .
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

Submit a Comment

Tinggalkan Jawapan

%d bloggers like this: