Scroll to top

Top


Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017. Kami telah senaraikan jawatan mengikut bulan bagi memudahkan pencari kerja menyemak jawatan kosong yang ditawarkan. Sila LIKE & SHARE dengan rakan-rakan anda jika info kerja kosong 2017/2018 kami bermanfaat. Semoga kita semua mendapat pekerjaan. Terima kasih


No Comments

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Taiping Ogos 2017

Warganegara Malaysia yang berkelayakan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa untuk membuat permohonan jawatan kosong Majlis Perbandaran Taiping Ogos 2017. Keutamaan diberi kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan:

1. Penolong Pegawai Pertanian Gred G29
Gaji : RM1,494.00 – RM5,674.00
Kelayakan : Sijil / Diploma dalam bidang pertanian

2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran / Pegawai Kesihatan Persekitaran (Lelaki) Gred U29
Gaji : RM1,797.00 – RM5,753.00
Kelayakan : Diploma dalam bidang kesihatan persekitaran

3. Penolong Akauntan Gred W29
Gaji : RM1,498.00 – RM5,678.00
Kelayakan : Sijil/Diploma dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira

4. Pembantu Kesihatan Awam (Lelaki) Gred U19
Gaji : RM1,360.00 – RM4,052.00
Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia

5. Pembantu Kemahiran (Lelaki) Gred H19
Gaji : RM1,377.00 – RM4,052.00
Kelayakan : Sijil Vokasional Malaysia / Sijil Pelajaran Malaysia

6. Penjaga Jentera Elektrik (Lelaki) Gred J19
Gaji : RM1,377.00 – RM4,052.00
Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia

7. Pemandu Kenderaan (Lelaki) Gred H11
Gaji : RM1,218.00 – RM2,939.00
Kelayakan : Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah & lesen memandu

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Taiping

Iklan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Taiping

 

Majlis Perbandaran Taiping

Majlis Perbandaran Taiping (MPT) ditubuhkan pada 1 September 1979 hasil dari termaktubnya Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan pada tahun 1976. Kini MPT dengan keluasan 186.46 km persegi adalah gabungan dari lapan Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan. Kawasan ini merangkumi kawasan bandar serta kawasan pinggir bandar.
Berikut adalah sejarah perkembangan pentadbiran Taiping :

* 1874 Penubuhan Lembaga Kebersihan / Kesihatan (Sanitary Board)

* 1930 Lembaga Bandaran ditubuhkan melalui Akta Lembaga Bab 137

* 1956 Majlis Perbandaran Berautonomi Kewangan (Keluasannya ialah 33.67 km persegi)

* 1/7/1977 Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan (Keluasannya ialah 33.67 km persegi)

* 1/9/1979 Penubuhan Majlis Perbandaran Taiping (Keluasannya ialah 139.89 km persegi)

Pada dasarnya bidang tugas Majlis Perbandaran Taiping adalah melibatkan perancangan dalam mencorakkan pembangunan masa depan kawasan Majlis dan memberikan perkhidmatan perbandaran utuk memenuhi keperluan asas semasa penduduk di kawasan Majlis. Bagi mencapai hasrat ini, MPT telah menetapkan misinya iaitu menjadikan kawasan Majlis Perbandaran Taiping sebagai kawasan yang permai, bersih, indah, teratur dan dinamik.

 

Cara Memohon Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Taiping Ogos 2017

Permohonan jawatan kosong Majlis Perbandaran Taiping perlu menggunakan Poral egerbang Perak di https://egerbang.perak.gov.my/vacancy/

Permohonan hendaklah sampai kepada :-
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Taiping,
Jalan Taming Sari,
34000 Taiping,
Perak.

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Ogos 2017

Submit a Comment