Scroll to top

Top


Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017. Kami telah senaraikan jawatan mengikut bulan bagi memudahkan pencari kerja menyemak jawatan kosong yang ditawarkan. Sila LIKE & SHARE dengan rakan-rakan anda jika info kerja kosong 2017/2018 kami bermanfaat. Semoga kita semua mendapat pekerjaan. Terima kasih


Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)

Info Majikan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)

Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah diperbadankan di bawah Enakmen Pemerbadanan Tahun 1950 yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan. PMBK merupakan sebuah agensi korporat dan peneraju pelaburan strategik Kerajaan Negeri Kelantan yang berprestasi tinggi dan berwibawa. Ia berperanan untuk mengambil alih, memegang dan membangunkan aset strategik bagi pihak kerajaan negeri.

Dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab, PMBK mempunyai kumpulan yang ditubuhkan dalam pelbagai sektor demi memajukan ekonomi negeri Kelantan. Antaranya di dalam sektor perladangan, pertanian, bioteknologi, latihan, pembangunan infrastruktur, perbandaran, perniagaan dan juga kebajikan rakyat di negeri ini.

Logo PMBK

Logo PMBK

PMBK didokong oleh 15 buah anak syarikat, antaranya PMBK Sawit Sdn Bhd, Kifaalah Sdn Bhd, Darul Digital Multimedia Solutions Sdn Bhd, Tunjong Development Corporation Sdn Bhd, Kelantan Golden Trade Sdn Bhd, Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd, Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd, Air Kelantan Sdn Bhd, Majaari Services Sdn Bhd, Sihhat-Afiat Sdn Bhd, Nutrifera Marketing Sdn Bhd, PMBK Az-Zahab Sdn Bhd, Baldah Toyyibah (Prasaranan) Kelantan Sdn Bhd, Kel-Intaaj Sdn Bhd dan Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd.

Moto, ‘Untung Dunia, Untung Akhirat’ secara jelas meletakkan konsep takwa dalam setiap perancangan strategik PMBK bagi memastikan produk dan perkhidmatan yang gemilang demi keselesaan rakyat negeri Kelantan.

 

Alamat PMBK
Tingkat 6, Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai
15050 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
Tel : 09 – 747 4082 | Faks : 09 – 747 7815

Laman Web Rasmi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) http://www.pmbk.gov.my/

 

Senarai Jawatan Kosong Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)