
Jawatan Kosong Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan atau Pegawai Perkhidmatan Awam yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia bagi mengisi jawatan di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) berikut:
1. Penolong Ketua Unit Pasukan Teras (Saintifik)
2. Penolong Ketua Unit Pasukan Teras (Strategik)
Mengenai NRE
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) ditubuhkan berikutan pengumuman pembentukan Kabinet baru oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 27 Mac 2004.
Bidang tanggungjawab NRE adalah hasil penggabungan jabatan-jabatan daripada 4 Kementerian iaitu :
- Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi
- Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar
- Kementerian Perusahaan Utama dan
- Kementerian Pertanian
Jabatan-jabatan tersebut adalah seperti berikut :
- Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dari Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi
- Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dari Kementerian Perusahaan Utama
- Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dari Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar
- Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dari Kementerian Pertanian
Bidang utama NRE adalah sebagaimana yang berikut :
Pengurusan sumber asli
a. Pengurusan hutan
b. Pengurusan saliran dan pengairan
c. Pengurusan hidupan liar
d. Pengurusan mineral
Pemuliharaan dan pengurusan alam sekitar dan kawasan perlindungan
a. Pemuliharaan alam sekitar
b. Pengurusan taman laut
Pengurusan pentadbiran tanah, ukur dan pemetaan
a. Pengurusan dan pentadbiran tanah
b. Pengukuran tanah
c. Prosesan Pemetaan
Cara Memohon Jawatan Kosong Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar
Calon yang berminat untuk memohon jawatan tersebut boleh mengemukakan satu salinan maklumat peribadi (resume) yang terkini kepada:
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 9, No 25 Persiaran Perdana
Wisma Sumber Asli, Presint 4
62574 PUTRAJAYA
(u.p.: Setiausaha Bahagian,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Maklumat lanjut jawatan kosong Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi boleh didapati disini.
Comments