Scroll to top

Top


Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017. Kami telah senaraikan jawatan mengikut bulan bagi memudahkan pencari kerja menyemak jawatan kosong yang ditawarkan. Sila LIKE & SHARE dengan rakan-rakan anda jika info kerja kosong 2017/2018 kami bermanfaat. Semoga kita semua mendapat pekerjaan. Terima kasih


2 Comments

Jawatan Kosong Latihan Separa Perubatan KKM – Rasmi

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri : Cepat, Tepat, Integriti, Produktif, Kreatif, Taat Setia kepada organisasi dan bersifat sedia membantu untuk mengisi Jawatan Kosong Latihan Separa Perubatan KKM seperti berikut:

1. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
Bilangan Kekosongan : 1262 Kekosongan
– Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Juruteknologi Makmal Perubatan, Juru X-Ray, Jururawat PSL, Jurupulih Perubatan & Penolong Pegawai Farmasi

2. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Siji;
Bilangan Kekosongan : 173 Kekosongan
– Pembantu Pembedahan Pergigian & Pembantu Kesihatan Malaysia

Jawatan Kosong Latihan Separa Perubatan KKM

Iklan Jawatan Kosong Latihan Separa Perubatan KKM

Iklan jawatan kosong bagi Latihan Separa Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia ini dikeluarkan oleh pihak SPA untuk diisi kepada mereka yang berminat bekerja di KKM. Pencari kerja lepasan sijil dan diploma yang masih mencari pekerjaan digalakkan merebut peluang keemasan ini dengan lebih seribu kekosongan ditawarkan untuk diisi.

Latihan Separa Perubatan

Latihan Separa Perubatan merupakan satu kursus yang disediakan oleh KKM untuk diserap menjadi sebahagian dari warga Kementerian Kesihatan Malaysia. Kursus ini mengambil masa 3 tahun dan bertempat di beberapa pusat Kolej Kesihatan di seluruh negara. Pelatih akan diberikan elaun sepanjang latihan.

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Kementerian Kesihatan Malaysia adalah salah satu kementerian yang diwujudkan di bawah kerajaan Malaysia, dan diketuai oleh pemegang jawatan Menteri Kesihatan Malaysia iaitu Dato’ Sri S. Subramaniam. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Kesihatan Malaysia, menggantikan Datuk Seri Liow Tiong Lai sejak 16 Mei 2013 hingga kini.

Maklumat lanjut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh didapati disini.

 

Cara Memohon Jawatan Kosong Latihan Separa Perubatan KKM

Permohonan Latihan Separa Perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia perlu dibuat secara online di portal SPA http://www.spa.gov.my

Tarikh Tutup Permohonan : 9 Julai 2017

Comments

  1. nur aqilah binti mohd kamal

    cara nk memohon secara online ??

  2. admin

    Permohonan Latihan Separa Perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia perlu dibuat secara online di portal SPA http://www.spa.gov.my

Submit a Comment