Scroll to top

Top


Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017. Kami telah senaraikan jawatan mengikut bulan bagi memudahkan pencari kerja menyemak jawatan kosong yang ditawarkan. Sila LIKE & SHARE dengan rakan-rakan anda jika info kerja kosong 2017/2018 kami bermanfaat. Semoga kita semua mendapat pekerjaan. Terima kasih


No Comments

Jawatan Kosong Majlis Sukan Wilayah Persekutuan Jun 2017

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon Jawatan Kosong Majlis Sukan Wilayah Persekutuan Jun 2017. Kekosongan kali ini adalah untuk jawatan kosong sebagai Pembantu Tadbir dengan gaji permulaan RM 1352 hingga RM 4003 kelayakan SPM. Maklumat penuh adalah seperti berikut :-

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19
Gaji : RM1,352.00 – RM4,003.00
Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia
Bilangan Kekosongan : 2 (Tetap)

Jawatan Kosong Majlis Sukan Wilayah Persekutuan Jun 2017

Iklan Jawatan Kosong Majlis Sukan Wilayah Persekutuan Jun 2017

 

Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (WIPERS)

Majlis Sukan Kuala Lumpur ditubuhkan pada tahun 1979 di bawah Akta Majlis Sukan Negara 1971, Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia Jadual Kedua (Pindaan) 1988. Majlis Sukan Kuala Lumpur yang pada masa itu berada di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bertanggungjawab untuk melaksanakan program pembangunan sukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seperti program pembangunan sukan atlet remaja, atlet berbakat dan berprestasi tinggi (elit) dalam arena sukan tempatan baik di peringkat dalam negeri mahupun antarabangsa.

Mulai 28 Oktober 1996, Majlis Sukan Kuala Lumpur dipisahkan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan diletakkan di bawah Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang (BKWPPLK). Jabatan Perdana Menteri mengikut keputusan Jawatankuasa Kerja Bagi Mengkaji Jawatan-Jawatan Tertinggi (JKTT) Bil. 10/1996 . Pada 27 Mac 2004, Kementerian Wilayah Persekutuan telah ditubuhkan dan Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang (BKWPPLK). Jabatan Perdana Menteri menjadi sebahagian daripadanya.

Maklumat lanjut mengenai Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (WIPERS) boleh didapati disini.

 

Cara Memohon Jawatan Kosong Majlis Sukan Wilayah Persekutuan Jun 2017

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Sistem e-Jawatan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan disini.

Pengarah
Majlis Sukan Wilayah Persekutuan
Aras 2, Blok 1, Menara Seri Wilayah
Presint 2
62100 PUTRAJAYA

1) Setiap pemohon WAJIB memuatnaik Borang Permohonan yang lengkap diisi beserta gambar terkini,
Salinan KP, dan juga salinan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan.Kegagalan tuan/puan untuk
mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan boleh mengakibatkan permohonan tuan/puan ditolak.

2) Permohonan jawatan WAJIB dibuat secara online di Sistem e-Jawatan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan setiap permohonan yang telah berjaya dihantar di dalam sistem, WAJIB menghantar salinan borang dan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan http://sma.wipers.gov.my/pendaftaran/#sthash.O6ku2GfS.dpuf

Tarikh Tutup Permohonan : 9 Jun 2017 (Jumaat)

Submit a Comment