Scroll to top

Top



One Comment

Jawatan Kosong Lembaga Air Sibu September 2017

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan bermastautin di Sarawak berumur 18 tahun ke atas dan kurang dari 54 tahun dari tarikh permohonan, serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan berikut di Lembaga Air Sibu seperti berikut :

1. Penolong Jurutera (Awam), Gred JA29
Kekosongan : 3
Jadual Gaji : Min (RM 1,549.00) – Max. (RM 5,701.00)
Kelayakan : Sijil / Diploma dalam bidang Kejuruteraan Awam

2. Penolong Jurutera (Mekanikal & Elektrikal), Gred JA29
Kekosongan : 1
Jadual Gaji : Min (RM 1,549.00) – Max. (RM5, 701.00)
Kelayakan : Sijil / Diploma dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal

3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N19
Kekosongan : 1
Jadual Gaji : Min (RM1,352.00) – Max. (RM4,003.00)
Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia

4. Pembantu Kemahiran, Gred H19
Kekosongan : 3
Jadual Gaji : Min (RM1,377.00) – Max. (RM4,052.00)
Kelayakan : Sijil Vokasional Malaysia / Sijil Pelajaran Malaysia

5. Pembantu Awam, Gred H11
Kekosongan : 2
Jadual Gaji : Min (RM1,218.00) – Max. (RM2,939.00)
Kelayakan : Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah

Jawatan Kosong Lembaga Air Sibu September 2017

Iklan Jawatan Kosong Lembaga Air Sibu September 2017

 

Lembaga Air Sibu

Pertubuhan ini telah diperbadankan di bawah perintah Lembaga Air Sibu 1959, yang dibuat di bawah Seksyen 19 Ordinan Bekalan Air 1959 (Bab 141). Ia kemudian diperbadankan semula di bawah perintah Lembaga Air Sibu 1995, yang dibuat di bawah Seksyen 19 Ordinan Air 1994 apabila Ordinan Bekalan Air 1959 dimansuhkan. Perlembagaan Lembaga ini seterusnya dipinda melalui Perintah Lembaga Air Sibu 2002 dan Perintah Lembaga Air Sibu 2005.

Sebuah pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan oleh Yang Dipertua Negeri sebagai pihak penguatkuasa bekalan air yang bertujuan untuk mentadbir, mengurus dan mengawasi semua kerja-kerja air yang terletak di dalam kawasan seperti yang dinyatakan di bawah:

Bermula dari satu titik Trig bernombor TT352 di Sempadan Daerah Sibu/Kanowit di tebing kiri Batang Rajang kira-kira 1300 meter dari Timur Sungai Pak; Dari situ pada arah Selatan/Barat sehala dengan Sempadan Daerah Sibu/Kanowit sehingga sampai pada titik bertanda N134 di Sempadan Bahagian Sibu/Sarikei;

Maklumat lanjut Lembaga Air Sibu boleh didapati disini.

 

Cara Memohon Jawatan Kosong Lembaga Air Sibu September 2017

Pemohon yang berminat mengisi jawatan kosong Lembaga Air Sibu perlu memohon secara online disini.

Sibu Water Board
KM 5, Jalan Salim,
P.O.BOX 405,
96000 Sibu, Sarawak

Tarikh Tutup Permohonan : 17 September 2017

Comments

  1. Jawatan Kosong Guru Al-Quran (RM2900) Sambilan / ONLINE ( Seluruh Malaysia, Brunei, Singapore ) – http://www.darrulfurqan.blogspot.com/p/blog-page.html

Submit a Comment

Tinggalkan Jawapan

%d bloggers like this: