Scroll to top

Top



No Comments

Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Bintulu Jun 2017

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong Lembaga Pelabuhan Bintulu Jun 2017 bagi jawatan berikut:

1. Penolong Pegawai Tadbir (Teknologi Maklumat) COS, Gred N29
Kekosongan: 2 Kekosongan
Gaji : RM 1,493.00 – RM 5,672.00
Kelayakan : Sijil/Diploma dalam bidang teknologi maklumat/sains komputer/kejuruteraan komputer

Skop Bidang Tugas
Menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan penyenggaraan peralatan ICT dan peranti kelengkapan, aplikasi pengkomputeran, bertugas mengikut jadual tugasan dan piawai yang ditetapkan di Unit IT, memberi perkhidmatan tunggu sedia bagi majlis-majlis rasmi, menjalankan tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa

2. Pembantu Operasi (Fungsi Keselamatan) COS, Gred N11
Kekosongan: 3 Kekosongan
Gaji : RM 1,205.00 – RM 2,939.00
Kelayakan : Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah/Bekas Polis/Tentera

Skop Bidang Tugas
(a) Membuat pemantauan dan pemeriksaan di kawasan pelabuhan, kawasan perumahan, pos- pos kawalan dan kawasan bangunan Lembaga Pelabuhan Bintulu; dan
(b) Memastikan kakitangan pelabuhan, pihak operator dan orang awam mematuhi garis panduan atau tatacara keselamatan di premis pelabuhan dan perumahan pelabuhan.

Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Bintulu Jun 2017

Iklan Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Bintulu Jun 2017

 

Lembaga Pelabuhan Bintulu

Lembaga Pelabuhan Bintulu ditubuhkan pada 15hb Ogos 1981 di bawah Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981 yang merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. Tanggungjawab Lembaga Pelabuhan Bintulu meliputi pembangunan, pentadbiran, pemasaran dan pembekalan perkhidmatan pelabuhan yang lengkap dan cekap dengan matlamat untuk menjadikan Pelabuhan Bintulu sebagai pusat pengangkutan dan pengedaran yang terbesar dan paling efisien di rangkaian BIMP-EAGA. Pelabuhan Bintulu memulakan operasinya pada 1hb Januari 1983.

Pelabuhan Bintulu merupakan sebuah pelabuhan antarabangsa yang mempunyai kedudukan yang strategik di Timur Laut Sarawak iaitu di dalam laluan di antara Timur Jauh dengan Eropah. Ia juga merupakan laluan utama ekspot gas asli cecair (LNG) dari Malaysia. Di samping itu, Pelabuhan Bintulu juga menawarkan kemudahan dan peralatan yang moden serta canggih untuk pengendalian kontena, kargo pukal cecair dan kering serta kargo am.

Maklumat lanjut Lembaga Pelabuhan Bintulu boleh didapati disini.

 

Cara Memohon Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Bintulu Jun 2017

Permohonan hendaklah dikemukakan menggunakan Borang Permohonan Jawatan LPB yang boleh dimuat turun disini.

Pengurus Besar
Lembaga Pelabuhan Bintulu
Aras 8, 9 dan 10, Menara Kidurong
Peti Surat 296
Jalan Tanjung Kidurong
97007 Bintulu
Sarawak, Malaysia

Tarikh Tutup Permohonan : 9 Jun 2017 (Jumaat)

Submit a Comment

Tinggalkan Jawapan

%d bloggers like this: