Scroll to top

Top


Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017. Kami telah senaraikan jawatan mengikut bulan bagi memudahkan pencari kerja menyemak jawatan kosong yang ditawarkan. Sila LIKE & SHARE dengan rakan-rakan anda jika info kerja kosong 2017/2018 kami bermanfaat. Semoga kita semua mendapat pekerjaan. Terima kasih


One Comment

Jawatan Kosong KUIS Oktober 2017 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdaya saing untuk mengisi Jawatan Kosong KUIS Oktober 2017. Terdapat 2 jawatan ditawarkan pada iklan kali ini seperti berikut:

1. Penyelia Asrama Siswa N17
Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Kemahiran Tinggi tahap tiga (3) Elektrikal
Gaji : RM 928.00 – RM 3,375.00

2. Pembantu Tadbir Kewangan W17
Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia, Diploma
Gaji : RM 929.00 – RM 3,377.00

Jawatan Kosong KUIS Oktober 2017

Iklan Jawatan Kosong KUIS Oktober 2017

 

Mengenai KUIS

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan komitmen kerajaan negeri Selangor dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu. Sebagai sebuah legasi pendidikan DYMM Sultan Selangor yang sentiasa dipelihara dan disantuni menjadi pemangkin tradisi ilmu dan penyatuan umat Islam di negeri Selangor, KUIS berusaha melahirkan Da’i, Ulama dan Umara.

Berpaksikan motto “Pemangkin Tradisi Ilmu”, serta keindahan kampus yang bercirikan senibina sejarah kegemilangan Islam Andalusia, KUIS telah bergerak bersandarkan visi dan misi mendepani segala cabaran serta perubahan secara agresif dan proaktif bagi mencapai sebuah institusi pendidikan yang menyediakan program pengajian akademik yang terteraskan tauhid dan sesuai dengan keperluan zaman kini serta keperluan fizikal yang seiring dengan “niche” Islam yang menepati halatuju pendidikan Islam dan Dasar Pendidikan Negara yang berkualiti dalam menuju sebuah Universiti Islam dalam tempoh yang terdekat. Usaha ini didokong oleh saf para pensyarah serta warga kerja yang memiliki sifat sebagai mudarris, mu`allim, muaddib, murabbi, dan mursyid.

Maklumat lanjut KUIS boleh didapati disini.

 

Cara Memohon Jawatan Kosong KUIS Oktober 2017

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Pentadbiran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor yang boleh dimuat turun disini.

KETUA
BAHAGIAN PENGURUSAN INSAN
PEJABAT PENDAFTAR
ARAS 2, BANGUNAN PENTADBIRAN
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)
BANDAR SERI PUTRA
43000, KAJANG
SELANGOR DARUL EHSAN

Tarikh tutup permohonan : 13 Oktober 2017 (Jumaat)

Comments

  1. Jawatan Kosong Guru Al-Quran (RM2900) Sambilan / ONLINE ( Seluruh Malaysia, Brunei, Singapore ) – http://www.darrulfurqan.blogspot.com/p/blog-page.html

Submit a Comment