Scroll to top

Top



No Comments

Jawatan Kosong Pegawai Teknologi Maklumat FRIM

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), sebuah agensi penyelidikan utama dalam bidang perhutanan negara ini di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mempelawa calon-calon yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi Jawatan Kosong Pegawai Teknologi Maklumat FRIM. Hanya 1 jawatan kosong yang ditawarkan oleh pihak FRIM pada iklan jawatan kali ini. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

1. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
Jadual Gaji : RM 2,315.00 (Minimum) – RM 9,618.00 (Maksimum)
Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / PHD Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan Komputer
Bilangan Kekosongan : 2 Kekosongan
Taraf Jawatan : Kontrak

Jawatan Kosong Pegawai Teknologi Maklumat FRIM

Iklan Jawatan Kosong Pegawai Teknologi Maklumat FRIM

 

Mengenai Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) ialah salah sebuah institusi yang terkemuka dalam penyelidikan perhutanan tropika di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1929, FRIM yang dahulunya dikenali sebagai Institut Penyelidikan Perhutanan (IPP) menjadi sebuah badan berkanun sepenuhnya dengan ditadbir oleh Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (MFRDB) di bawah Kementerian Perusahaan Utama pada 1985. Sejak tahun 2003, kedua-dua FRIM dan MFRDB telah dipindahkan ke bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Maklumat lanjut Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) boleh didapati disini.

 

Cara Memohon Jawatan Kosong Pegawai Teknologi Maklumat FRIM

Pemohon yang berminat mengisi jawatan kosong FRIM boleh memohon menggunakan Sistem Permohonan Jawatan Online FRIM.

Bahagian Sumber Manusia,
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52019 Kepong,
Selangor Darul Ehsan.

Calon dikehendaki memuatnaik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan semasa membuat permohonan.

 

Tarikh Tutup Permohonan : 7 Julai 2017

Submit a Comment

Tinggalkan Jawapan

%d bloggers like this: