Scroll to top

Top



No Comments

Jawatan Kosong PKNS Jun 2017 – Negeri Selangor

Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Selangor yang berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong PKNS Jun 2017. Kelayakan pemohon adalah dari Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda dengan gaji permulaan dari RM1549 hinggan RM2529. Senarai penuh kelayakan & Gaji adalah seperti berikut:

1. Jurutera Gred J41
Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan
Gaji Permulaan : RM2,529.00
Status : Kontrak

Bidang Tugas / Syarat Tambahan
– Membantu dalam pemantauan dan pelaksanaan di tapak projek.
– Menjalankan kerja-kerja penyeliaan projek daripada peringkat pembinaan, CCC dan penyerahan kunci.
– Mempunyai kemahiran menggunakan perisian Autocad, Microsoft Project dan Microsoft Office

2. Penolong Jurutera (Awam) Gred JA29
Kelayakan : Sijil/Diploma dalam bidang kejuruteraan (awam)
Gaji Permulaan : RM1,549.00
Status : Kontrak

Bidang Tugas / Syarat Tambahan
– Melaksanakan kerja-kerja Qlassic mengikut piawaian CIDB.
– Menyelia dan melaksanakan projek-projek pembangunan PKNS
– Melaksana, memantau dan merancang perjalanan projek-projek dalam pelaksanaan dan projek-projek akan datang.
– Membantu urusan yang melibatkan PBT dan Perunding berkaitan perancangan pelaksanaan projek, urusan di peringkat pratender, tender, Paska tender, sebut harga dan inden untuk projek PKNS.
– Membantu menyedia dan membuat semakan bayaran kemajuan kontrak, perkhidmatan Perunding dan bayaran yang berkaitan.
– Berpengalaman dengan persekitaran kerja menggunakan perisian pengurusan projek seperti Microsoft Project, Revit & BIM.
– Berpengalaman dengan persekitaran kerja Sistem Kualiti QSHE dan Qlassic.
– Telah menghadiri kursus teknikal dan mempunyai kad CIDB.
– Mempunyai kemahiran menggunakan perisian Microsoft Windows.

3. Penolong Arkitek Landskap Gred JA29
Kelayakan : Sijil/Diploma dalam bidang teknologi landskap / Sijil dalam bidang perancang bandar, kejuruteraan awam (seni bina) atau seni bina
Gaji permulaan : RM1,549.00
Status : Kontrak

Bidang Tugas / Syarat Tambahan
– Melaksanakan kerja-kerja Qlassic mengikut piawaian CIDB.
– Menyelia dan melaksanakan projek-projek pembangunan PKNS
– Melaksana, memantau dan merancang perjalanan projek-projek dalam pelaksanaan dan projek-projek akan datang.
– Membantu urusan yang melibatkan PBT dan Perunding berkaitan perancangan pelaksanaan projek, urusan di peringkat pratender, tender, Paska tender, sebut harga dan inden untuk projek PKNS.
– Membantu menyedia dan membuat semakan bayaran kemajuan kontrak, perkhidmatan Perunding dan bayaran yang berkaitan.
– Berpengalaman dengan persekitaran kerja menggunakan perisian pengurusan projek seperti Microsoft Project, Revit & BIM.
– Berpengalaman dengan persekitaran kerja Sistem Kualiti QSHE dan Qlassic.
– Telah menghadiri kursus teknikal dan mempunyai kad CIDB.
– Mempunyai kemahiran menggunakan perisian Microsoft Windows.

Jawatan Kosong PKNS Jun 2017

Iklan Jawatan Kosong PKNS Jun 2017

 

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor ( 1964 ) sebagai sebuah badan berkanun dan agensi pembangunan negeri Selangor. Penubuhannya bertujuan untuk mengisi kemerdekaan negara menerusi pengagihan ekonomi yang adil dan pertumbuhan sosio-ekonomi yang berpandukan kepada dasar-dasar kerajaan agar dapat mewujudkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial khususnya di negeri Selangor.

Maklumat lanjut Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) boleh didapati disini.

 

Cara Memohon Jawatan Kosong PKNS Jun 2017

Borang permohonan boleh didapati di Bahagian Sumber Manusia atau dengan memuat turun borang disini.

Pengurus Besar Pentadbiran & Sumber Manusia
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR
Bahagian Sumber Manusia, Tingkat 4 Blok B
Laman PKNS, No 2 Jalan Indah 14/8
Seksyen 14, 40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.

Tarikh Tutup Permohonan : 20 Jun 2017

Submit a Comment

Tinggalkan Jawapan

%d bloggers like this: