Scroll to top

Top


Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017. Kami telah senaraikan jawatan mengikut bulan bagi memudahkan pencari kerja menyemak jawatan kosong yang ditawarkan. Sila LIKE & SHARE dengan rakan-rakan anda jika info kerja kosong 2017/2018 kami bermanfaat. Semoga kita semua mendapat pekerjaan. Terima kasih


No Comments

Jawatan Kosong UNISEL Julai 2017 – Universiti Selangor

Permohonan adalah dibuka untuk semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi jawatan kosong UNISEL Julai 2017. UNISEL atau Universiti Selangor menawarkan 3 jawatan kosong pada iklan kali ini dengan gaji antara RM 1,750 sehingga RM 6,515. Maklumat jawatan & kelayakan adalah seperti berikut:

1. Jurutera (Gred J41)
Gaji : RM 2,359.72 – RM 6,221.67
Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam / Elektrik / Mekanikal)

2. Juruukur Bahan (Gred J43)
Gaji : RM 3,419.52 – 6,515.52
Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ukur Bahan atau Bangunan

3. Penolong Pegawai Senibina (Gred J29)
Gaji : RM 1,750.82 – 4,021.92
Kelayakan : Diploma dalam bidang Seni Bina

Jawatan Kosong UNISEL Julai 2017

Iklan Jawatan Kosong UNISEL Julai 2017

 

Universiti Selangor (UNISEL)

Universiti Selangor (UNISEL) merupakan sebuah Universiti swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ditubuhkan pada tahun 1999 sehingga kini menawarkan pelbagai program pengajian di kampus Shah Alam dan Bestari Jaya. Lokasinya yang strategik, secara tidak langsung memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial negeri.

Maklumat lanjut Universiti Selangor (UNISEL) boleh didapati disini.

 

Cara Memohon Jawatan Kosong UNISEL Julai 2017

Calon yang berminat hendaklah mengemukakan Surat Permohonan beserta gambar berukuran passport terkini dan Curriculum Vitae (CV) yang mengandungi maklumat berikut :-

  1. Latar belakang peribadi (termasuk No. Kad Pengenalan), keluarga, alamat surat menyurat, nombor telefon dan email untuk dihubungi;
  2. Latar belakang pendidikan dan pengalaman kerja;
  3. Anugerah dan hadiah yang diterima di mana-mana peingkat termasuk di peringkat Antarabangsa;
  4. Sumbangan-sumbangan kepada pembangunan dalam pendidikan;

Pengarah Pentadbiran & Sumber Manusia
Universiti Selangor, Jalan Timur Tambahan,
Kampus Bestari Jaya
45600 Bestari Jaya
Selangor

 Tarikh Tutup Permohonan : 7 Julai 2017

Submit a Comment