Scroll to top

Top


Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017. Kami telah senaraikan jawatan mengikut bulan bagi memudahkan pencari kerja menyemak jawatan kosong yang ditawarkan. Sila LIKE & SHARE dengan rakan-rakan anda jika info kerja kosong 2017/2018 kami bermanfaat. Semoga kita semua mendapat pekerjaan. Terima kasih


Jawatan Kosong Yayasan Selangor – 9 September 2015

Yayasan Selangor telah melanjutkan pelawaan kepada pemohon-pemohon daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Yayasan Selangor seperti berikut :
1. Juruteknik (Operator Ladang) N17
2. Kerani – Lelaki N17 (3 Kekosongan)

yayasan selangor
“Yayasan Selangor telah diperbadanankan di bawah Akta Syarikat 1965 Syarikat Berhad Menurut Jaminan (Company Limited By Guarantee). Ditubuhkan pada 5 November 1970 tanpa modal saham, Yayasan Selangor merupakan sebuah agensi Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam bidang pembangunan pendidikan Negeri Selangor.

Sehingga kini Yayasan Selangor masih mengekalkan tradisi sebagai agensi Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab memberi peluang pendidikan kepada semua lapisan masyarakat dan sentiasa bergerak maju ke arah memartabatkan pendidikan negeri Selangor.

 

Cara Memohon

Pemohon juga hendaklah menghantar ‘resume’ beserta borang permohonan perjawatan di Bahagian Sumber Manusia & Latihan. Pemohon yang masih berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan/Bahagian dan disertakan dengan sesalinan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan.

Borang permohonan boleh di muat turun disini. Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat:

YAYASAN SELANGOR
TINGKAT 18, MENARA YAYASAN SELANGOR
NO. 18A, PERSIARAN BARAT
46000 PETALING JAYA,SELANGOR DARUL EHSAN
(U.P : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA & LATIHAN)

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. Calon yang tidak menerima jawapan setelah 4 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Maklumat lanjut jawatan kosong Yayasan Selangor boleh didapati disini.

Tarikh Tutup Permohonan : 9 September 2015