Scroll to top

Top


Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta April 2018Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Julai 2018. Kami telah senaraikan jawatan mengikut bulan bagi memudahkan pencari kerja menyemak jawatan kosong yang ditawarkan. Sila LIKE & SHARE dengan rakan-rakan anda jika info kerja kosong 2018/2019 kami bermanfaat. Semoga kita semua mendapat pekerjaan. Terima kasih


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor

Info Majikan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa)

Pembukaan negeri Johor bermula pada awal kurun ke-16 apabila Melaka telah ditawan oleh Portugis. Sultan Mahmud Syah yang merupakan pewaris terakhir takhta kerajaan Melaka telah berundur ke selatan Tanah Melayu dan membuka kerajaan Johor. Pada ketika itu, Johor telah meluaskan empayarnya sehingga ke Riau.

Asal usul perkataan Johor diambil daripada perkataan Arab “Jauhar” yang bermaksud “Permata Berharga”. Pengaruh Arab jelas kelihatan di mana para pedagang dari Arab telah datang ke sini untuk menjalankan perniagaan rempah yang sememangnya terkenal pada suatu ketika dahulu. Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau “Gangganu” oleh orang-orang Siam yang bermaksud “Batu Permata”.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor

Pentadbiran Johor Moden

Sejarah Pentadbiran Johor Moden telah bermula di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar (1862-1895). Baginda telah ditabalkan menjadi sultan pada tahun 1866 dan seterusnya memegang gelaran “Seri Maharaja Johor”.

Baginda telah mengasaskan Pentadbiran Johor Moden dengan menubuhkan beberapa jabatan kerajaan seperti Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Pesuruhjaya Divisyen, Jabatan Perbendaharaan, Pasukan Polis, Jabatan Kerja Raya dan Tanah, Jabatan Laut dan Jabatan Perubatan. Pada masa inilah pentadbiran negeri Johor muncul sebagai negeri melayu terawal mengasaskan sistem pentadbiran moden berbanding negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Pembinaan bangunan-bangunan kerajaan seperti balai polis, masjid, mahkamah dan istana besar jelas membuktikan bahawa Sultan Abu Bakar berhak menerima gelaran sebagai “Bapa Pembangunan Johor”.

Sistem Pentadbiran Johor Moden ini telah diperkukuhkan lagi dengan perisytiharan Perlembagaan Johor yang dikenali sebagai Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895. Pelantikan jawatan-jawatan utama di dalam perkhidmatan awam negeri Johor adalah berdasarkan Fasal 6 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895. Jawatan-jawatan tersebut adalah seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. Perlembagaan Johor ini masih berkuatkuasa dan digunapakai sehingga ke hari ini.

Sejarah Penubuhan Perkhidmatan Awam Negeri Johor

Sejarah Perkhidmatan Awam Negeri Johor sebenarnya telah wujud sejak era pemerintahan Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim (1855-1862). Baginda yang memerintah Johor pada ketika itu telah mewujudkan jawatan Pesuruhjaya Muar dan Endau. Tugas utama jawatan ini adalah untuk membantu baginda di dalam urusan pentadbiran dan kewangan negeri Johor.

Selepas perisytiharan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895, Sultan Ibrahim telah membentuk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor dengan pelantikan pegawai-pegawai baru pada tahun 1895. Di antaranya ialah Dato’ Muhammad Ibrahim Bin Munsyi Abdullah, Dato’ Bentara Dalam; Dato’ Mohamed Hassan Bin Dato’ Sri Setia Raja Tahir . Dato’ Jaafar Muhammad terus dikekalkan sebagai Menteri Besar Johor manakala Engku Suleiman Bin Engku Daud sebagai Pesuruhjaya Negeri dalam Jajahan Muar. Dato’ Mohamed Mahbob dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Johor. Encik Ismail Bin Bachok menjadi Pesuruhjaya Polis di Muar. Jawatan baru telah diwujudkan seperti Ketua Perbendaharaan, Pesuruhjaya Ketua Polis Negara, Ketua Audit Negeri, Komandan Penjara dan akhirnya Ketua Jabatan Kerja Raya Johor.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor ditubuhkan berdasarkan Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Kerajaan Negeri Tahun 1959 dan tertakluk kepada Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor merupakan Pihak Berkuasa Melantik yang bertanggungjawab sepenuhnya bagi mengendalikan urusan-urusan seperti Pelantikan, Pengesahan Pelantikan, Pengesahan Dalam Perkhidmatan, Pemberian Taraf Berpencen, Rayuan Kenaikan Pangkat dan Rayuan Tindakan Tatatertib. Pengerusi dan Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor dilantik dengan perkenan DYMM Sultan Johor. Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor 1959 telah melalui beberapa pindaan bagi menyesuaikannya dengan keadaan semasa serta sejajar dengan kemajuan dan pemodenan negara.

Laman Web Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor : http://spaj.johor.gov.my/

Senarai Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor