Scroll to top

Top



Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Info Majikan Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah syarikat bekalan elektrik yang terbesar di Malaysia. Aset perniagaannya adalah sejumlah RM 60.0 billion. Bilangan pelanggan adalah lebih 6 juta akaun di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Perniagaannya terasnya ialah menjana, menghantar dan membahagi tenaga elektrik ke seluruh Malaysia. Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga adalah pengendali Grid Nasional, iaitu talian penghantar elektrik ke seluruh negara. Talian ini terdiri dari talian 132 kV, 275 kV dan 500 kV.

Logo Tenaga Nasional

Logo Tenaga Nasional

TNB melalui anak syarikat juga terlibat dalam pembuatan alat pembolehubah, alat suis voltan tinggi dan kabel, sebagai pakar runding di dalam bidang seni bina, awam dan elektrik, menyelenggara dan membaiki peralatan elektrik dan sebagai pakar pengurusan projek. TNB juga mengendali universiti swasta iaitu Universiti Tenaga Nasional dan membuat kerjasama dengan Suruhanjaya Tenaga melalui institusi pendidikan Kekompetenan Penjaga Elektrik (Chargeman) di Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS), Kajang, Selangor.

Laman Web Rasmi Tenaga Nasional Berhad (TNB) : https://www.tnb.com.my/

Senarai Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Berikut adalah info terkini jawatan kosong bagi TNB untuk tahun 2017 termasuk kekosongan di anak syarikat yang dimiliki TNB.