Scroll to top

Top


Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017. Kami telah senaraikan jawatan mengikut bulan bagi memudahkan pencari kerja menyemak jawatan kosong yang ditawarkan. Sila LIKE & SHARE dengan rakan-rakan anda jika info kerja kosong 2017/2018 kami bermanfaat. Semoga kita semua mendapat pekerjaan. Terima kasih


One Comment

Jawatan Kosong KETENGAH Oktober 2017 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah

Permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi memohon jawatan kosong KETENGAH Oktober 2017 (Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah) dalam Perkhidmatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan juga Kumpulan Pelaksana. Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang menetap di Negeri Terengganu. Terdapat 6 jawatan kosong ditawarkan pada iklan kali ini adalah seperti berikut:

​​1. Pegawai Keselamatan Gred Kp41 (1 Kekosongan)
Bilangan Kekosongan : 1 Kekosongan
Kelayakan : Ijazah sarjana muda / bekas anggota polis atau tentera yang sekurang- kurangnya berpangkat Inspektor Polis atau Leftenan Muda
Gred/Jadual Gaji : Minimum – RM2,081.00 Maksimum – 9,547.00

​​2. Penolong Pegawai Keselamatan Gred Kp29 (1 Kekosongan)
Bilangan Kekosongan : 1 Kekosongan
Kelayakan : Minimum – RM1,493.00 Maksimum – 5,696.00
Gred/Jadual Gaji : Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia / Sijil Tinggi Agama Malaysia / bekas anggota polis atau tentera yang sekurang- kurangnya berpangkat Sarjan / diploma

3. ​​Penolong Akauntan Gred W29 (1 Kekosongan )
Bilangan Kekosongan : 1 Kekosongan
Kelayakan : SSijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira / Certified Accounting Technician (CAT) / diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan / Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang Kewangan
Gred/Jadual Gaji : Minimum – RM1,498.00 Maksimum – 5,678.00

​​4. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (2 Kekosongan)
Bilangan Kekosongan : 2 Kekosongan
Kelayakan : Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia / Sijil Tinggi Agama Malaysia / Diploma
Gred/Jadual Gaji : Minimum – RM1,493.00 Maksimum – 5,672.00

​​5. Pembantu Setiausaha Pejabat/setiausaha Pejabat Gred N19 (1 Kekosongan)
Bilangan Kekosongan : 1 Kekosongan
Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia
Gred/Jadual Gaji : Minimum – RM1,352.00 Maksimum – RM4,003.00

​​6. Pemandu Kenderaan Gred H11 (1 Kekosongan)
Bilangan Kekosongan : 1 Kekosongan
Kelayakan : Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah / Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I
Gred/Jadual Gaji : Minimum – RM1,218.00 Maksimum – 2,939.00

Jawatan Kosong KETENGAH Oktober 2017

Iklan Jawatan Kosong KETENGAH Oktober 2017

 

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) adalah merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang telah diperbadankan pada 12 April 1973 melalui Akta Parlimen Bil. 104/73 dengan diberi kuasa untuk menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876 hektar meliputi pedalaman Daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.

Pada 12 Jun 1993, Kawasan Pembangunan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu seluas 209,199 hektar telah digezetkan melalui P.U.(B) 356 dan pelan warta kawasan No. PW486 sebagai sebahagian daripada kawasan KETENGAH menjadikan keseluruhan wilayah KETENGAH berjumlah 653,075 hektar atau kira-kira satu perdua daripada keluasan Negeri Terengganu.

Maklumat lanjut Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) boleh didapati disini.

 

Cara Memohon Jawatan Kosong KETENGAH Oktober 2017

Permohonan hendaklah menggunakan Borang LKTT: 1 (Pind. 1/2010)

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Karung Berkunci No. 3
23409 Bandar Al Muktafi Billah Shah
DUNGUN, TERENGGANU
(Bahagian Khidmat Pengurusan)

Tarikh Tutup Permohonan : 12 Oktober 2017

Comments

  1. nazzatul farhana

    macam mana nk apply ye ?? ada link tak

Submit a Comment