Scroll to top

Top


Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017. Kami telah senaraikan jawatan mengikut bulan bagi memudahkan pencari kerja menyemak jawatan kosong yang ditawarkan. Sila LIKE & SHARE dengan rakan-rakan anda jika info kerja kosong 2017/2018 kami bermanfaat. Semoga kita semua mendapat pekerjaan. Terima kasih


No Comments

Jawatan Kosong UMT Jun 2017 – Universiti Malaysia Terengganu

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan ini mempelawa warganegara Malaysia keutamaan kepada rakyat negeri Terengganu yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong UMT Jun 2017. Jawatan kosong yang ditawarkan kali ini ialah Pembantu Setiausaha Pejabat dengan kelayakan SPM. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

1. Pembantu Setiausaha Pejabat N19
Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia

Jawatan Kosong UMT Jun 2017

Iklan Jawatan Kosong UMT Jun 2017

 

Mengenai UMT (Universiti Malaysia Terengganu)

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera di samping menyediakan kemudahan penyelidikan untuk pensyarah. Melalui Penstrukturan semula program akademik di UPM, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera telah dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama baru iaitu Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FSGT) mulai Jun 1996. Turut ditubuhkan ialah Fakulti Sains dan Sastera Ikhtisas (FSSI) dan Pusat Pengajian Matrikulasi (PPM).

Mulai Jun 1996, kampus ini telah diiktiraf (secara dalaman UPM) sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Pertanian Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor (designate). Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 5 Mei 1999 telah bersetuju meluluskan cadangan penubuhan Kolej Universiti Terengganu (KUT) berasaskan Pusat Perikanan dan Sains Samudera Universiti Pertanian Malaysia di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.

Maklumat lanjut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) boleh didapati disini.

 

Cara Memohon Jawatan Kosong UMT Jun 2017

Pemohon yang berminat mengisi jawatan kosong di UMT perlu memohon secara online melalui sistem eRecruitUMT.

Pejabat Pendaftar
Universiti Malaysia Terengganu
Aras 1, Bangunan Canseleri Dan Pentadbiran
21030 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
(u.p. Seksyen Perjawatan)

Pemohon TIDAK PERLU mengemukakan sebarang salinan dokumen kepada kami selepas mengisi secara ONLINE. Pihak kami akan menghubungi calon-calon yang disenarai pendek untuk ditemu duga. Permohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

Tarikh Tutup Permohonan : 19 Jun 2017 Jawatan ini telah ditutup

* Dikemaskini pada 13 Jun 2017

Submit a Comment