Scroll to top

Top


Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta April 2018Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Mei 2018. Kami telah senaraikan jawatan mengikut bulan bagi memudahkan pencari kerja menyemak jawatan kosong yang ditawarkan. Sila LIKE & SHARE dengan rakan-rakan anda jika info kerja kosong 2018/2019 kami bermanfaat. Semoga kita semua mendapat pekerjaan. Terima kasih


Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Info Majikan Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia yang ke-19 dan terletak di Negeri Kelantan. UMK ialah Universiti berteraskan keusahawanan yang mengutamakan pendidikan keusahawanan dalam tiga kelompok bidang pengajian iaitu keusahawanan & perniagaan, teknologi kreatif & warisan dan agro-industri & sains sumber asli sejajar dengan visi dan misi yang telah ditetapkan.

logo umk

Logo UMK

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) secara rasminya berada dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Ia merupakan institut pengajian tinggi awam yang ke-19 di Malaysia dan memulakan pengambilan pelajar pada awal Jun 2007. Terkini, universiti ini mempunyai lima buah fakulti dan dua pusat pengajian untuk digunakan oleh para penuntut universiti ini.

Kampus UMK

Kampus Kota UMK terletak di Pengkalan Chepa, manakala kampus tetapnya terletak di Bachok dan Jeli. Penubuhan universiti awam di Kelantan diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 31 Mac 2006 setelah mendapat kelulusan Kabinet pada Jun 2006.

Prof. Dato’ Ir. Dr. Zainai Mohamed telah dilantik sebagai naib canselor pertama Universiti Malaysia Kelantan, berkuatkuasa 1 Oktober 2006. Anak kelahiran Kelantan ini merupakan bekas Timbalan Rektor Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Beliau menamatkan perkhidmatannya sebagai naib canselor pada 31 Disember 2011 dan digantikan dengan Prof Datuk Dr. Raduan bin Che Rose yang merupakan Timbalan Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia berkuatkuasa pada 1 Januari 2012.

Menjelang tahun 2015, Universiti Malaysia Kelantan dijangka mampu menampung seramai 15,000 pelajar.

Fakulti

  • Fakulti Industri Asas Tani
  • Fakulti Sains Bumi
  • Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan
  • Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
  • Fakulti Perubatan Veterinar

Pusat

  • Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan
  • Pusat Pengajian Pascasiswazah

Laman Web Rasmi UMK : http://www.umk.edu.my
Faceboo Rasmi UMK : https://www.facebook.com/UMKelantan

Senarai Jawatan Kosong Universiti Malaysia Kelantan (UMK)