Scroll to top

Top

Yayasan Perak

Info Majikan Yayasan Perak

Yayasan Perak ditubuhkan pada 12 Julai 1979 mengikut Enakmen Penubuhan Yayasan Perak Bil. 2 tahun 1979. Enakmen asal ini telah dipinda dan digantikan dengan Enakmen Bil. 6 Tahun 1994 yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 29 Ogos 1994.

Di peringkat awal penubuhan Yayasan Perak, ianya telah diuruskan oleh seorang pegawai di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak secara sambilan. Mulai Julai 1984, Y.A.B. Menteri Besar telah mengarahkan supaya Yayasan Perak ditadbir dan diuruskan secara sepenuh masa. Dengan itu, jawatan Pengurus Besar dan kakitangannya diwujudkan dan Yayasan Perak mula mempunyai pejabat sendiri.

Logo Yayasan Perak

Logo Yayasan Perak

Pada awalnya Yayasan Perak telah menyewa bilik di Bangunan Seri Kinta dan telah beroperasi di situ selama dua tahun. Kemudian Yayasan Perak telah berpindah ke bangunannya sendiri di Wisma Yayasan Perak di Jalan Sultan Idris Shah pada tahun 1986 sehingga ke hari ini.

Laman Web Rasmi Yayasan Perak http://www.yayasanperak.gov.my/

Senarai Jawatan Kosong Yayasan Perak